Cecite-cecite..
Kisahnya sebelum kawin memang dah tau khasiat susu ibu cuma tak terpk langsung nk bf anak nanti. Masa dah kawin terus disahkan preggie tp takde terlintas lagi niat nk bf bb. Sampaila diakhir kehamilan..tetiba my hubby minta bf sepenuhnya coz kakak ipar ke2 bf ank dia sampai umur setahun baru campur dgn FM (cow's milk). Masa tu carila kt internet pump apa yg best n rata2 sarankan spectra3. tp bila tgk harga mak oii mahalnya (rm300 keatas)..terus takut nk beli..bukan apa..buatnya dah beli tetiba hasil tenusu takde..kan rugi huhu.
Tp hubby pesan..kalau niat nk susukan anak..InsyaAllah susu akan ada. aik..my hubby lebih berkobar lak. tp terus terang..sepanjang kehamilan memang takde langsung ilmu tentang susu ibu..yg ada dalam fikiran cuma nk susukan anak n beli pump tp kaedahnya takde..terukkan.
Pada masa yg sama..kakak ipar yg ke3 bersalin n BF anak..bila tgk hari2 dia mengepam rasa seronok lak. masa tu dah pasang niat nk BF anak juga la tp pump tak beli lg ni. Kebetulan kakak ipar ada 2 pump..satu spectra3..satu lagi medela harmony. kakak ipar lak tk pakai yg medela tp segan lak nk pinjam so mintala en.suami pinjamkan hehe.
3hari lagi dari jangkaan bersalin..tetiba rasa nk check pump tu coz kakak ipar ada cakap yg pump tu mcm ada prob tp tak tau apa..so ms sesi men'try' tp try kt tapak tangan la..ada getahnya dah terkoyak..so cepat2 la pegi ke fabolous mom tuk ganti yg baru. bukan apa..buatnya bersalin awal kn susah nanti.
3hari kemudian..saya pun bersalin n bwla pump tersebut ke melaka coz pantang kt sana. rasanya dah nak abis pantang barula guna pump tu untuk buat stok. so masa hari pertama azra lahir kedunia memang takleh nk BF dia coz saya operate n azra dimasukkan ke NICU. second day masa tgk azra di NICU try BF dia tp susu tak kuar..rs sedey sgt..so bagila susu yg doc sediakan.
Bila azra dah ada sama kt wad..nurse memang suh BF tp susu tak kuar..azra lak asik nangis..try BF tp tak kuar gak susu..kuar pun ckit..sampi la nurse tlg urutkan..adala kuar ckit tp nurse cakap yg ckit tupun dah kenyangkan bb. tp azra still nangis..sbb tak sanggup tgk azra nangis..sy cicipkan air mask kt mulut dia huhu.
Dari hari pertama hingga hari3 memang susu sgt ckit..n azra minum apa yg ada shj..sampai dah tergerak hati nk bg FM..coz my mom n my MIL pun suh bagi FM sbb kesian kt azra. Hubby pun dah goyah semangat dia. tetiba keajaiban berlaku bila pagi hari ke4..time tu nkbalik melaka..tetiba susu kuar dgn agak byk..Ya Allah masa tu rs bersyukur sgt. Azra minum agak bnyk..n sepanjng perjalanan ke melaka..azra tido je.
Masa berpantang sekali lagi dugaan menjelma..my nipple lak luka..BF tak leh..pump pun tak leh.. azra lak nangis lapar susu. macam2 cara my hubby buat tuk saya teruskan BF azra sedangkan hati saya dah takde lg nk teruskan BF. my hubby belikan puting tiruan tp tak jalan gak..akhirnya dgn rasa berat hati dan telah ditakdirkan azra merasa jg FM..rasa sebak sgt..
Selama hampir 2minggu n 2 tin susu enfalac telah diminum oleh azra..akhirnya azra kembali BF sepenuhnya tanpa FM lagi..ni sume sebab masa my nipple 'sakit'...saya try google tuk cr cara nk rawat n terjumpa forum susuibu.com yg tersangatla membantu. dari website itula akhirnya saya mahir (rasanya la) dalam selok belok dunia penyusuan. sampila kt ofis pun bila kemalasan melanda tuk pengepam maka saya akan buka website tu tuk naikkan semangat bila bc komen2 dari ibu-ibu di forum.
Dan dari detik itu sehingga kini azra dah 5bulan 3hari..azra menyusu sepenuhnya dari 'kantung' ibunya ini. harapan saya semoga azra dapat terus menyusu tanpa kehadiran FM selama 2tahun..Ya Allah engkau kuatkan la semangat hambamu ini untuk memberikan yg terbaik kepada anaknya..amin. kepada my hubby..sokongan berterusan dari mu sayang sgt perlukan..semoga saya akan dapat meneruskan BF bagi semester pertama ini (6 months) dgn jayanya. Kamaliah kamu boleh lakukan!!!.
Sunday, February 13, 2011
Sunday, February 6, 2011
bestnye balik kampung.. 03012011
azra tgk ayam kt belakang rumah nek su..leka betul dia..suka mcm nk terkam je..
azra tgk omey..manja tp kekadang gigit gak..
azra dgn muka selambanya sambil dipegang oleh mak lang..sebelah itu adalah nek su..nampak muda kan..
azra nak terkam omey..
azra bersama ibu tersayangnya..
sayang anak ibu..merah di pipi sebab kena gigit nyamuk di bilik pak ngah..
happy family..masih bertiga..insyaAllah 3 tahun lagi ber4 la pulak..amin..
buah petai yang pelik..kembar 2..jgn gelak hehe..
di hadapn uma nek su dan oyot..luaskan kawasannya..dlm gambar nampak cantik la pulak..tp memng cantik pun..
azra tgk omey..manja tp kekadang gigit gak..
azra dgn muka selambanya sambil dipegang oleh mak lang..sebelah itu adalah nek su..nampak muda kan..
azra nak terkam omey..
azra bersama ibu tersayangnya..
sayang anak ibu..merah di pipi sebab kena gigit nyamuk di bilik pak ngah..
happy family..masih bertiga..insyaAllah 3 tahun lagi ber4 la pulak..amin..
buah petai yang pelik..kembar 2..jgn gelak hehe..
di hadapn uma nek su dan oyot..luaskan kawasannya..dlm gambar nampak cantik la pulak..tp memng cantik pun..
Tuesday, February 1, 2011
Kenapa bayi bawah 6 bulan tidak boleh di beri makan..
kalau ikut mak mak kita sebelum 6bulan mesti dah suh makan tak kisahla makan nestum, bubur or apala yg lembut katanya takut baby lapar. saya dulu masa kecik2 pun camtu gak..mak siap ckp mak dlm pantang dh bagi makan nestum..sabar jela.
Azra pernah nangis tak nak tido mcm lapar je..bila bw jumpa doc bukan la sbb lapar. katanya skrg ni digalakkan memberi anak makan semasa 6bulan kerana untuk mengelakkan obesiti. yelakan..kalau awal2 dah bagi makan mana tak anak tu bole obes. takut lak dgr..patutla ibunya ni makin debab hehe rupanya lg kecik dh bagi makan awal hehe. tp tak lehla nk salahkan mak coz dulu bekerja..mnla ada peralatan nk pam, simpan susu ni..
ada lagi sebab kenapa bayi bwh 6bulan tak bole diberi makan.
Azra pernah nangis tak nak tido mcm lapar je..bila bw jumpa doc bukan la sbb lapar. katanya skrg ni digalakkan memberi anak makan semasa 6bulan kerana untuk mengelakkan obesiti. yelakan..kalau awal2 dah bagi makan mana tak anak tu bole obes. takut lak dgr..patutla ibunya ni makin debab hehe rupanya lg kecik dh bagi makan awal hehe. tp tak lehla nk salahkan mak coz dulu bekerja..mnla ada peralatan nk pam, simpan susu ni..
ada lagi sebab kenapa bayi bwh 6bulan tak bole diberi makan.
Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.
WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.
Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
- Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
- Anggapan bahawa bayi lapar.
- Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
- Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
1. Sistem penghadaman yang belum matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?
2. Masalah kesihatan jangka masa panjang
Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?
3. Masalah dalam penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.
Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.
kredit: mysuperkids.net
Tido ibu menyusukan anak lebih berkualiti..betulke?
terbaca dalam salah satu blog ibu2 menyusu..adalah entri seperti tajuk diatas..betul ke?
ibu yang menyusukan anak mendapat tidur yang lebih berkualiti berbanding ibu yang tidak menyusukan anak..
mengapa?
Bukankah ibu menyusukan anak akan bangun berkali-kali untuk susukan anak?
Mengapa ya?
OK
Kerana ibu yang menyusukan anak menghasilkan hormon hormon penenang..
Bangun menyusukan hanya perlu menyuakan kepada anak tak perlu bangun mencari botol, air panas….dan sebagainya….
apabila anak menyusu, ibu boleh tidur dan badan ibu menghasilkan hormon yang membuatkan ibu dan anak selesa dan tenang sehingga mendapatkan tidur yang berkualiti
ibu yang sedang memerah pun kadang kadang TERtidur juga kan?
itu semua hormon punya pasal..hehehehee
Breastfeeding memang sesuatu yang menakjubkan!
agaknya dengan hormon keibuan dan kasih sayang itu si ibu dan anak mendapat ‘deep sleep’ yang mana membantu meningkatkan prestasi kot ya…
agaknya laaa
ibu yang menyusukan anak mendapat tidur yang lebih berkualiti berbanding ibu yang tidak menyusukan anak..
mengapa?
Bukankah ibu menyusukan anak akan bangun berkali-kali untuk susukan anak?
Mengapa ya?
OK
Kerana ibu yang menyusukan anak menghasilkan hormon hormon penenang..
Bangun menyusukan hanya perlu menyuakan kepada anak tak perlu bangun mencari botol, air panas….dan sebagainya….
apabila anak menyusu, ibu boleh tidur dan badan ibu menghasilkan hormon yang membuatkan ibu dan anak selesa dan tenang sehingga mendapatkan tidur yang berkualiti
ibu yang sedang memerah pun kadang kadang TERtidur juga kan?
itu semua hormon punya pasal..hehehehee
Breastfeeding memang sesuatu yang menakjubkan!
agaknya dengan hormon keibuan dan kasih sayang itu si ibu dan anak mendapat ‘deep sleep’ yang mana membantu meningkatkan prestasi kot ya…
agaknya laaa
Subscribe to:
Posts (Atom)
