Sabtu lepas adalah hari kumpul2 dan makan2 di rumah kak syila. Yang mencadangkannya adalah kak eda. So memasing perlu bawa makanan sendiri. Memandangkan kak syila sedang pregnant so dia request asam pedas ikan tenggiri (sbnrnya dah lama kak syila minta saya buatkan tp tak sempat2 hehe).
Gabra juga sebenarnya nak masak asam pedas tu maklumlah dia ada tambahan rempah kira org Melaka cakap masak lada. Saya pun terusla tel mak minta resepinya. Kalau setakat aam pedas yg biasa-biasa takde masalah..ceewah mcm handal lak padahal masak sebulan sekali pun susah (thanx tu my MIL yg masakkan tuk menantunya ni ).
So Jumaat malamnya tu pergila giant beli barang-barang nak masak dan juga barang dapur.,baru gaji kan hehe. Tp ikan tenggirinya beli sabtu pagi. En. suami kata biat fresh huhu. Saya pun masaklah ikut resepi yg mak bagi. My MIL jeling2 juga ke dapur tp saya cakap tak payahlah tolong..segan rasanya. (Padahal nak test kehandalan diri sendiri memasak huhu). Dah siapnya semuanya dan rasa happy bila kakak ipar sume kata ok..sedap tp en.suami lak cakap dah sedap cuma kurg garam je huhu. Tp yg bestnya asam pedas tu abis so kira sedapla kan.kan..kan hehe.
Ok saya nak kongsi resepinya ni (ada ke org baca blog ni huhu).
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
lada hitam (ikut suka nak banyak mana)
sedikit halia
cili kering
Bahan -Bahan
ikan tenggiri
asam jawa
kunyit serbuk
1 sudu kecil halba
tomato
bendi
daun limau purut
garam
Cara Penyediaan
1. Tumiskan halba sebentar.
2. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Masukkan air asam jawa, daun limau purut, garam dan sedikit kunyit serbuk.
4. Masukkan ikan tenggiri dan biarkan seketika.
5. Kemudian masukkan tomato dan bendi..masak seketika kemudian tutup api.
6. Sedia di makan
Gambar lupa lak nak snap huhu..
Tuesday, March 29, 2011
Rumah Oh Rumah
Tahun ini saya, suami dan azra akan berpindah ke rumah baru di Kota Puteri, Ijok..InsyaAllah kalau loan lepas hehe. Ni saje nak cerita tentang saya nak hantar borang permohonan pinjaman perumahan. Ceritanya lepas dapat SnP saya pun terusla siapkan semua borang2 yg diperlukan mengikut syarat-syarat yg ditetapkan oleh Pinjaman Perumahan. Lepas dah siap semua saya pun hantarla ke admin untuk diorg buat surat iringan dan dapatkan pengesahan majikan. Hari Jumaat lepas 25/3/2011 saya pun dapatla semua dokumen tersebut dan cadangnya nak hantar Jumaat tu jugak tp en. suami tak available lak so tunggula hari Isnin baru leh hantar.
Masa hari isninnya tu excited tul nak hantar..bangun kul 5 pagi sbb en suami kata nk pegi ke Putrajaya dalam pukul 8pagi so saya pun masakla bubur azra, pam susu dan iron baju. Dah selesai buat semua tu, en.suami kata nak pegi lambt sikt..tensen tul jd saya pun ambil keputusan tidor semual kejap..itupun terlena sebab menyusukan azra.
Setelah sampai di Bahagian Pinjaman Perumahan di Putrajaya, org kaunter tu pun semakla borang2 yg saya bawa dan dia cakap "borang puan ni dah cantik, semua lengkap cuma ada 3 perkara je tak ada lagi" saya pun tanya balik apa dia. Dia cakap "surat iringan puan ni tak ikut format yg disediakan, hak milik strata tak ada dan kena tunggu surat dr jabatan penilaian baru boleh uruskan pinjaman puan.
Saya pun suruhlah en.suami tel en.zahidan org PKNS dan dia ckp biasa PKNS yg uruskan pinjaman dan saya perlu bagi semua borg tu pada dia untuk dia uruskan. Huh..tula..en.suami nak sgt urus sendiri last2..tak dapat uruskan juga. Penat je ke Putrajaya mcm makan angin je.

Kecuaian Ibu
Rasa marah pada diri sendiri mengenangkan kesilapan dan kecuaian menjaga azra. Dah dua kali Azra jatuh katil dan di tempat yg sama pula tu. Kejadian yang pertama berlaku pada pagi ahad 13/3/2011..masa tu kira-kira jam 8 pagi. Saya dah jaga masa tu dan ternampak Azra sedang meniarap. Tapi ntah kenapa mata ni nak pejam gak walaupun dah nampak azra dah jaga..mungkin penat sbb semalamnya adalah kenduri kahwin adik ipar tp sebelah perempuan.
Masa tgh sedap mata ni terlelap..tetiba dengar suara en. suami sebut "Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah". Saya terus terjaga dan cari azra..rupanya azra dah jatuh kt tepi katil..teresak-esak menangis. Ya Allah mujur ada bantal dan pampers kt bawah tu. Ikut kata kak eda yang melihat kejadian tu..azra tak nangis masa jatuh mayb terkejut tu yg buat dia menangis. Terus abahnya basuhkan kepala azra dengan air. Kesian azra.
Kejadian yg kedua berlaku pada minggu lepas. Lepas angkat kain baju yg dah berlipat, saya letak azra atas katil dan baring sama-sama dia. Tapi ntah kenapa mata ni rimas betul tgk kain baju yg dah berlipat tu terletak atas tempat iron tp belum bersusun (padahal sebelum ni tak kisah pun). Terus bangun dan simpan baju2 tu dalam drawer..tanpa terfikir nak buat kubu tuk azra yg ada atas katil tu. Dalam hati sbnrnya fikir saya ada dkt situ dan tak mungkin azra boleh jatuh. Dalam syok menyusun kain baju tetiba terdengar bunyi dentum..Ya Allah rasa nak pengsan lihat azra dah terlentang kt atas lantai sambil kepalanya terteleng ke atas. Punyala kuat azra menangis sampai saya tak keruan tak tau nak buat apa. Terus atoknya ambil azra tuk tenangkan dia. Saya apa lagi kena marahla dengan en. suami yg baru keluar dr toilet huhu..
Malam tu rasa bersalah terus menyelubungi diri. Rasa mcm nk ulang balik kejadian tu supaya tak tinggalkan azra atas katil sensorg. Kalau nak tinggalkan kejap pun kena buat kubu-kubu. Ya Allah kau jauhkan la kecelakaan dan kejadian yg tidak diingini berlaku pada anakku dan keluargaku...amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)