Tuesday, March 29, 2011

Rumah Oh Rumah

Tahun ini saya, suami dan azra akan berpindah ke rumah baru di Kota Puteri, Ijok..InsyaAllah kalau loan lepas hehe. Ni saje nak cerita tentang saya nak hantar borang permohonan pinjaman perumahan. Ceritanya lepas dapat SnP saya pun terusla siapkan semua borang2 yg diperlukan mengikut syarat-syarat yg ditetapkan oleh Pinjaman Perumahan. Lepas dah siap semua saya pun hantarla ke admin untuk diorg buat surat iringan dan dapatkan pengesahan majikan. Hari Jumaat lepas 25/3/2011 saya pun dapatla semua dokumen tersebut dan cadangnya nak hantar Jumaat tu jugak tp en. suami tak available lak so tunggula hari Isnin baru leh hantar.

Masa hari isninnya tu excited tul nak hantar..bangun kul 5 pagi sbb en suami kata nk pegi ke Putrajaya dalam pukul 8pagi so saya pun masakla bubur azra, pam susu dan iron baju. Dah selesai buat semua tu, en.suami kata nak pegi lambt sikt..tensen tul jd saya pun ambil keputusan tidor semual kejap..itupun terlena sebab menyusukan azra.

Setelah sampai di Bahagian Pinjaman Perumahan di Putrajaya, org kaunter tu pun semakla borang2 yg saya bawa dan dia cakap "borang puan ni dah cantik, semua lengkap cuma ada 3 perkara je tak ada lagi" saya pun tanya balik apa dia. Dia cakap "surat iringan puan ni tak ikut format yg disediakan, hak milik strata tak ada dan kena tunggu surat dr jabatan penilaian baru boleh uruskan pinjaman puan.

Saya pun suruhlah en.suami tel en.zahidan org PKNS dan dia ckp biasa PKNS yg uruskan pinjaman dan saya perlu bagi semua borg tu pada dia untuk dia uruskan. Huh..tula..en.suami nak sgt urus sendiri last2..tak dapat uruskan juga. Penat je ke Putrajaya mcm makan angin je.

No comments:

Post a Comment