Wednesday, April 13, 2011

Hujung minggu azra di rumah mak long..

entry malas..so layan jela gambar2 di bawah ni ye...ni masa hari Sabtu 9/4/2011

azra bersama abah dan abg arsyad

main beskal pusing2..azra lum pandai lagi..dah pandai nanti abah belikan beskal ye sayang..

comel la sangat buat muka camtu..

timang tinggi-tinggi sampai cucur atap..azra dah tumbuh gigi dah bole baca kitab..

kontrol ensem la tu abg arsyad..

sibuk nak juga makan aiskrim..

bestnye aiskrim..

nape tu ilham..mak gi school,,jap lg balik ye..


Tuesday, March 29, 2011

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Sabtu lepas adalah hari kumpul2 dan makan2 di rumah kak syila. Yang mencadangkannya adalah kak eda. So memasing perlu bawa makanan sendiri. Memandangkan kak syila sedang pregnant so dia request asam pedas ikan tenggiri (sbnrnya dah lama kak syila minta saya buatkan tp tak sempat2 hehe).

Gabra juga sebenarnya nak masak asam pedas tu maklumlah dia ada tambahan rempah kira org Melaka cakap masak lada. Saya pun terusla tel mak minta resepinya. Kalau setakat aam pedas yg biasa-biasa takde masalah..ceewah mcm handal lak padahal masak sebulan sekali pun susah (thanx tu my MIL yg masakkan tuk menantunya ni ).

So Jumaat malamnya tu pergila giant beli barang-barang nak masak dan juga barang dapur.,baru gaji kan hehe. Tp ikan tenggirinya beli sabtu pagi. En. suami kata biat fresh huhu. Saya pun masaklah ikut resepi yg mak bagi. My MIL jeling2 juga ke dapur tp saya cakap tak payahlah tolong..segan rasanya. (Padahal nak test kehandalan diri sendiri memasak huhu). Dah siapnya semuanya dan rasa happy bila kakak ipar sume kata ok..sedap tp en.suami lak cakap dah sedap cuma kurg garam je huhu. Tp yg bestnya asam pedas tu abis so kira sedapla kan.kan..kan hehe.

Ok saya nak kongsi resepinya ni (ada ke org baca blog ni huhu).

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
lada hitam (ikut suka nak banyak mana)
sedikit halia
cili kering

Bahan -Bahan

ikan tenggiri
asam jawa
kunyit serbuk
1 sudu kecil halba
tomato
bendi
daun limau purut
garam

Cara Penyediaan


1. Tumiskan halba sebentar.
2. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Masukkan air asam jawa, daun limau purut, garam dan sedikit kunyit serbuk.
4. Masukkan ikan tenggiri dan biarkan seketika.
5. Kemudian masukkan tomato dan bendi..masak seketika kemudian tutup api.
6. Sedia di makan

Gambar lupa lak nak snap huhu..

Rumah Oh Rumah

Tahun ini saya, suami dan azra akan berpindah ke rumah baru di Kota Puteri, Ijok..InsyaAllah kalau loan lepas hehe. Ni saje nak cerita tentang saya nak hantar borang permohonan pinjaman perumahan. Ceritanya lepas dapat SnP saya pun terusla siapkan semua borang2 yg diperlukan mengikut syarat-syarat yg ditetapkan oleh Pinjaman Perumahan. Lepas dah siap semua saya pun hantarla ke admin untuk diorg buat surat iringan dan dapatkan pengesahan majikan. Hari Jumaat lepas 25/3/2011 saya pun dapatla semua dokumen tersebut dan cadangnya nak hantar Jumaat tu jugak tp en. suami tak available lak so tunggula hari Isnin baru leh hantar.

Masa hari isninnya tu excited tul nak hantar..bangun kul 5 pagi sbb en suami kata nk pegi ke Putrajaya dalam pukul 8pagi so saya pun masakla bubur azra, pam susu dan iron baju. Dah selesai buat semua tu, en.suami kata nak pegi lambt sikt..tensen tul jd saya pun ambil keputusan tidor semual kejap..itupun terlena sebab menyusukan azra.

Setelah sampai di Bahagian Pinjaman Perumahan di Putrajaya, org kaunter tu pun semakla borang2 yg saya bawa dan dia cakap "borang puan ni dah cantik, semua lengkap cuma ada 3 perkara je tak ada lagi" saya pun tanya balik apa dia. Dia cakap "surat iringan puan ni tak ikut format yg disediakan, hak milik strata tak ada dan kena tunggu surat dr jabatan penilaian baru boleh uruskan pinjaman puan.

Saya pun suruhlah en.suami tel en.zahidan org PKNS dan dia ckp biasa PKNS yg uruskan pinjaman dan saya perlu bagi semua borg tu pada dia untuk dia uruskan. Huh..tula..en.suami nak sgt urus sendiri last2..tak dapat uruskan juga. Penat je ke Putrajaya mcm makan angin je.

Kecuaian Ibu

Rasa marah pada diri sendiri mengenangkan kesilapan dan kecuaian menjaga azra. Dah dua kali Azra jatuh katil dan di tempat yg sama pula tu. Kejadian yang pertama berlaku pada pagi ahad 13/3/2011..masa tu kira-kira jam 8 pagi. Saya dah jaga masa tu dan ternampak Azra sedang meniarap. Tapi ntah kenapa mata ni nak pejam gak walaupun dah nampak azra dah jaga..mungkin penat sbb semalamnya adalah kenduri kahwin adik ipar tp sebelah perempuan. 

Masa tgh sedap mata ni terlelap..tetiba dengar suara en. suami sebut "Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah". Saya terus terjaga dan cari azra..rupanya azra dah jatuh kt tepi katil..teresak-esak menangis. Ya Allah mujur ada bantal dan pampers kt bawah tu. Ikut kata kak eda yang melihat kejadian tu..azra tak nangis masa jatuh mayb terkejut tu yg buat dia menangis. Terus abahnya basuhkan kepala azra dengan air. Kesian azra.

Kejadian yg kedua berlaku pada minggu lepas. Lepas angkat kain baju yg dah berlipat, saya letak azra atas katil dan baring sama-sama dia. Tapi ntah kenapa mata ni rimas betul tgk kain baju yg dah berlipat tu terletak atas tempat iron tp belum bersusun (padahal sebelum ni tak kisah pun). Terus bangun dan simpan baju2 tu dalam drawer..tanpa terfikir nak buat kubu tuk azra yg ada atas katil tu. Dalam hati sbnrnya fikir saya ada dkt situ dan tak mungkin azra boleh jatuh. Dalam syok menyusun kain baju tetiba terdengar bunyi dentum..Ya Allah rasa nak pengsan lihat azra dah terlentang kt atas lantai sambil kepalanya terteleng ke atas. Punyala kuat azra menangis sampai saya tak keruan tak tau nak buat apa. Terus atoknya ambil azra tuk tenangkan dia. Saya apa lagi kena marahla dengan en. suami yg baru keluar dr toilet huhu..

Malam tu rasa bersalah terus menyelubungi diri. Rasa mcm nk ulang balik kejadian tu supaya tak tinggalkan azra atas katil sensorg. Kalau nak tinggalkan kejap pun kena buat kubu-kubu. Ya Allah kau jauhkan la kecelakaan dan kejadian yg tidak diingini berlaku pada anakku dan keluargaku...amin.

Sunday, February 13, 2011

BREASTFEEDING JOURNEY EP.1 - Bagaimana saya boleh hendak BF my baby

Cecite-cecite..

Kisahnya sebelum kawin memang dah tau khasiat susu ibu cuma tak terpk langsung nk bf anak nanti. Masa dah kawin terus disahkan preggie tp takde terlintas lagi niat nk bf bb. Sampaila diakhir kehamilan..tetiba my hubby minta bf sepenuhnya coz kakak ipar ke2 bf ank dia sampai umur setahun baru campur dgn FM (cow's milk). Masa tu carila kt internet pump apa yg best n rata2 sarankan spectra3. tp bila tgk harga mak oii mahalnya (rm300 keatas)..terus takut nk beli..bukan apa..buatnya dah beli tetiba hasil tenusu takde..kan rugi huhu.

Tp hubby pesan..kalau niat nk susukan anak..InsyaAllah susu akan ada. aik..my hubby lebih berkobar lak. tp terus terang..sepanjang kehamilan memang takde langsung ilmu tentang susu ibu..yg ada dalam fikiran cuma nk susukan anak n beli pump tp kaedahnya takde..terukkan.

Pada masa yg sama..kakak ipar yg ke3 bersalin n BF anak..bila tgk hari2 dia mengepam rasa seronok lak. masa tu dah pasang niat nk BF anak juga la tp pump tak beli lg ni. Kebetulan kakak ipar ada 2 pump..satu spectra3..satu lagi medela harmony. kakak ipar lak tk pakai yg medela tp segan lak nk pinjam so mintala en.suami pinjamkan hehe.

3hari lagi dari jangkaan bersalin..tetiba rasa nk check pump tu coz kakak ipar ada cakap yg pump tu mcm ada prob tp tak tau apa..so ms sesi men'try' tp try kt tapak tangan la..ada getahnya dah terkoyak..so cepat2 la pegi ke fabolous mom tuk ganti yg baru. bukan apa..buatnya bersalin awal kn susah nanti.

3hari kemudian..saya pun bersalin n bwla pump tersebut ke melaka coz pantang kt sana. rasanya dah nak abis pantang barula guna pump tu untuk buat stok. so masa hari pertama azra lahir kedunia memang takleh nk BF dia coz saya operate n azra dimasukkan ke NICU. second day masa tgk azra di NICU try BF dia tp susu tak kuar..rs sedey sgt..so bagila susu yg doc sediakan.

Bila azra dah ada sama kt wad..nurse memang suh BF tp susu tak kuar..azra lak asik nangis..try BF tp tak kuar gak susu..kuar pun ckit..sampi la nurse tlg urutkan..adala kuar ckit tp nurse cakap yg ckit tupun dah kenyangkan bb. tp azra still nangis..sbb tak sanggup tgk azra nangis..sy cicipkan air mask kt mulut dia huhu.

Dari hari pertama hingga hari3 memang susu sgt ckit..n azra minum apa yg ada shj..sampai dah tergerak hati nk bg FM..coz my mom n my MIL pun suh bagi FM sbb kesian kt azra. Hubby pun dah goyah semangat dia. tetiba keajaiban berlaku bila pagi hari ke4..time tu nkbalik melaka..tetiba susu kuar dgn agak byk..Ya Allah masa tu rs bersyukur sgt. Azra minum agak bnyk..n sepanjng perjalanan ke melaka..azra tido je.

Masa berpantang sekali lagi dugaan menjelma..my nipple lak luka..BF tak leh..pump pun tak leh.. azra lak nangis lapar susu. macam2 cara my hubby buat tuk saya teruskan BF azra sedangkan hati saya dah takde lg nk teruskan BF. my hubby belikan puting tiruan tp tak jalan gak..akhirnya dgn rasa berat hati dan telah ditakdirkan azra merasa jg FM..rasa sebak sgt..

Selama hampir 2minggu n 2 tin susu enfalac telah diminum oleh azra..akhirnya azra kembali BF sepenuhnya tanpa FM lagi..ni sume sebab masa my nipple 'sakit'...saya try google tuk cr cara nk rawat n terjumpa forum susuibu.com yg tersangatla membantu. dari website itula akhirnya saya mahir (rasanya la) dalam selok belok dunia penyusuan. sampila kt ofis pun bila kemalasan melanda tuk pengepam maka saya akan buka website tu tuk naikkan semangat bila bc komen2 dari ibu-ibu di forum.

Dan dari detik itu sehingga kini azra dah 5bulan 3hari..azra menyusu sepenuhnya dari 'kantung' ibunya ini. harapan saya semoga azra dapat terus menyusu tanpa kehadiran FM selama 2tahun..Ya Allah engkau kuatkan la semangat hambamu ini untuk memberikan yg terbaik kepada anaknya..amin. kepada my hubby..sokongan berterusan dari mu sayang sgt perlukan..semoga saya akan dapat meneruskan BF bagi semester pertama ini (6 months) dgn jayanya. Kamaliah kamu boleh lakukan!!!.

Sunday, February 6, 2011

bestnye balik kampung.. 03012011

 azra tgk ayam kt belakang rumah nek su..leka betul dia..suka mcm nk terkam je..

 azra tgk omey..manja tp kekadang gigit gak..

 azra dgn muka selambanya sambil dipegang oleh mak lang..sebelah itu adalah nek su..nampak muda kan..

 azra nak terkam omey..

 azra bersama ibu tersayangnya..

 sayang anak ibu..merah di pipi sebab kena gigit nyamuk di bilik pak ngah..

 happy family..masih bertiga..insyaAllah 3 tahun lagi ber4 la pulak..amin..

 buah petai yang pelik..kembar 2..jgn gelak hehe..

di hadapn uma nek su dan oyot..luaskan kawasannya..dlm gambar nampak cantik la pulak..tp memng cantik pun..

Tuesday, February 1, 2011

Kenapa bayi bawah 6 bulan tidak boleh di beri makan..

kalau ikut mak mak kita sebelum 6bulan mesti dah suh makan tak kisahla makan nestum, bubur or apala yg lembut katanya takut baby lapar. saya dulu masa kecik2 pun camtu gak..mak siap ckp mak dlm pantang dh bagi makan nestum..sabar jela. 


Azra pernah nangis tak nak tido mcm lapar je..bila bw jumpa doc bukan la sbb lapar. katanya skrg ni digalakkan memberi anak makan semasa 6bulan kerana untuk mengelakkan obesiti. yelakan..kalau awal2 dah bagi makan mana tak anak tu bole obes. takut lak dgr..patutla ibunya ni makin debab hehe rupanya lg kecik dh bagi makan awal hehe. tp tak lehla nk salahkan mak coz dulu bekerja..mnla ada peralatan nk pam, simpan susu ni..


ada lagi sebab kenapa bayi bwh 6bulan tak bole diberi makan.



Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.
WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.
Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
  • Anggapan bahawa bayi lapar.
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.
Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.
kredit: mysuperkids.net