Tuesday, March 29, 2011

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Sabtu lepas adalah hari kumpul2 dan makan2 di rumah kak syila. Yang mencadangkannya adalah kak eda. So memasing perlu bawa makanan sendiri. Memandangkan kak syila sedang pregnant so dia request asam pedas ikan tenggiri (sbnrnya dah lama kak syila minta saya buatkan tp tak sempat2 hehe).

Gabra juga sebenarnya nak masak asam pedas tu maklumlah dia ada tambahan rempah kira org Melaka cakap masak lada. Saya pun terusla tel mak minta resepinya. Kalau setakat aam pedas yg biasa-biasa takde masalah..ceewah mcm handal lak padahal masak sebulan sekali pun susah (thanx tu my MIL yg masakkan tuk menantunya ni ).

So Jumaat malamnya tu pergila giant beli barang-barang nak masak dan juga barang dapur.,baru gaji kan hehe. Tp ikan tenggirinya beli sabtu pagi. En. suami kata biat fresh huhu. Saya pun masaklah ikut resepi yg mak bagi. My MIL jeling2 juga ke dapur tp saya cakap tak payahlah tolong..segan rasanya. (Padahal nak test kehandalan diri sendiri memasak huhu). Dah siapnya semuanya dan rasa happy bila kakak ipar sume kata ok..sedap tp en.suami lak cakap dah sedap cuma kurg garam je huhu. Tp yg bestnya asam pedas tu abis so kira sedapla kan.kan..kan hehe.

Ok saya nak kongsi resepinya ni (ada ke org baca blog ni huhu).

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
lada hitam (ikut suka nak banyak mana)
sedikit halia
cili kering

Bahan -Bahan

ikan tenggiri
asam jawa
kunyit serbuk
1 sudu kecil halba
tomato
bendi
daun limau purut
garam

Cara Penyediaan


1. Tumiskan halba sebentar.
2. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Masukkan air asam jawa, daun limau purut, garam dan sedikit kunyit serbuk.
4. Masukkan ikan tenggiri dan biarkan seketika.
5. Kemudian masukkan tomato dan bendi..masak seketika kemudian tutup api.
6. Sedia di makan

Gambar lupa lak nak snap huhu..

No comments:

Post a Comment